Colorful of Life

Disclaimer

Assalammualaikum . I'm trying to live . Can I be happy? .

Entries About Link Tuto

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
Let's we chat here :)


130924

 1418 130920. Tahun ni genap 4 tahun mama pergi meninggalkan kami. Tipulah kalau aku kata aku dah move on. Walaupun dah 4 tahun, aku masih kadang2 akan nangis tanpa sebab. Aku tahu aku menangis kerana aku rindu mama. Aku beruntung sebab aku duduk sorang di rumah. Sekurang kurangnya tiada orang yang melihat. Aku rindu mama.

Lebih kurang jam 930 malam bertarikh 120920, aku seperti biasa melakukan rutin harian sebelum tidur iaitu mengurut mama. Sejak mama melalui pembedahan membuang cell cancer, saluran air dalam badan mama macam tersumbat. Aku siap search dekat youtube cara mengurut yang betul bagi melancarkan air dekat bahagian lengan mama dan juga cara urut bagi melancarkan pernafasan. Malam itu, mama panggil along dan acik untuk turut serta urut mama. Jadi along urut tangan kanan, acik urut tangan kiri. Aku urut kaki mama. Selepas sesi mengurut selesai maka aku terus siap2kan mama untuk tidur. Mama tak boleh tidur baring sebab bila baring tak boleh bernafas. Jadinya mama tidur kat sofa je secara duduk. Aku pada mulanya tidur sebelah mama dekat sofa panjang. Tapi malam tu mama kata mama penat. Aku agak risau sebab tengok tangki oksigen dah semakin berkurang. Hari itu merupakan hari minggu jadi kedai yang menyewakan tangki oksigen tu tutup. Malam tu, aku call ayah yang pada ketika itu berada di kelantan atas urusan kerja supaya ayah balik segera. Sekitar jam 2-3 pagi ayah sampai ke rumah. Apabila ayah sampai, aku bagi ayah tidur kat sofa sebelah mama dan aku duduk sebelah mama. Mama kejut ayah suruh tidur kat katil sebab mama taknak aku tidur duduk macam tu. Aku cakap aku tak kisah pun tak nak tidur pun tapi mama bertegas juga. Aku pun turutkan sahaja. 

0700 130920, aku terlajak bangun untuk solat subuh. Bangun2 tu aku terus lekas untuk solat. Pagi tu, mama minta kami call ambulan sebab mama tak boleh bernafas. Kami segera call ambulan dan ambulan segera datang. Sementara tunggu ambulan datang, mama sempat minta kami dandan mama supaya tak nampak pucat. Mama memang mementingkan kekemasan. Walaupun ketika mama sakit, mama tetap mahu terlihat kemas. Setelah seketika, ambulan pun tiba. Ayah offer diri untuk dukung mama ke ambulan. Tapi mama kata mama boleh jalan sendiri. Never I know that was the last time i saw her walking…. Waktu mama dah masuk dalam ambulan aku terus offer diri nak masuk dalam ambulan juga sebab nak teman mama. Malangnya, waktu tu adalah zaman covid, hanya pesakit dibenarkan duduk di dalam ambulan. Kamu terus bergegas ambil kunci kereta dan follow belakang ambulan. Sewaktu aku hantar mama naik ambulan, jiran depan kami keluar rumah dan bertanya mama kenapa? Aku tak mampu berkata apa2 dan hanya menangis senyum memandang jiran. Sesampainya kami ke hospital, mama dibawa terus ke wad kecemasan. Kami hanya mampu menunggu di ruang menunggu kecemasan. Waktu itu, aku terus call adik bongsu kami yang duduk di asrama untuk segera pulang. Aku turut call makcik2 kami yang merupakan kakak kepada mama untuk memaklumkan hal tersebut.

Setelah menunggu sekitar 2 jam begitu, doktor memaklumkan bahawa mama telah dipindahkan ke wad lain. Kami segera ikut mama pergi ke wad baru. Waktu tu aku melihat mama sudah penuh dengan wire dan ada juga tangki oksigen untuk mama. Aku sedih melihat mama sebab pagi tu mama masih boleh berjalan. Kuatnya mama 😔. Waktu tu memang aku kalau boleh nak duduk sahaja di samping mama tapi saudara mara semua sudah call maklum yang mereka sudah sampai ke hospital jadi aku terpaksa turun ke bawah untuk tunjukkan jalan kepada mereka. Disebabkan waktu itu adalah zaman covid, jadi mereka mengehadkan pelawat yang boleh masuk. Aku terpaksa menipu demi nak naik tengok mama. Aku tengok mama aku banyak kali bisik kat telinga mama. “Mama, mama kena kuat tau. Mama kata nak bawa kita semua gi umrah”. Sambil kami semua duduk tengok mama, tiba - tiba ada seorang doktor datang memeriksa mama. Waktu doktor tengok mata mama aku sudah menjangkakan yang masa mama telah tiba. Terus aku menangis lagi teruk dari sebelumnya. Doktor maklumkan kepada kami yang mama telah brain dead. Doktor nasihat untuk tetap berada bersama mama sebelum mama menghembuskan nafas terakhir. Makin teruk aku nangis. Aku pergi sebelah mama aku bisik kepada mama, “mama, maafkan segala silap angah mama. Halalkan semuanya mama. Angah redha mama” tepat jam 1418, mama telah pergi buat selama lamanya. Selepas waktu itu, aku secara officialnya menjadi anak yatim. Aku takmau cerita apa yang terjadi kepada aku selepas pada itu. Sangat sukar ya hidup tanpa figura seorang mama. Aku rindu mama. Mama tunggu kami ya. Nanti kita berkumpul lagi. I miss you. I love you. Al-fatihah 🫶🏻



Older Post | Newer Post