Colorful of Life

Disclaimer

Assalammualaikum . I'm trying to live . Can I be happy? .

Entries About Link Tuto

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
Let's we chat here :)


Educamp UTP 2015

Assalammualaikum.

Haaaa mesti ramai ann candidates yg dapat educamp ni tengah pening sebab this year educamp ni lain berbanding tahun2 sebelum ni. Meh nak share sikit.

Aku pergi untuk intake march 2015 8 feb haritu. Walaupun aku duduk kat taiping tapi takut tergesa-gesa so malam tu aku ngn family check in kat D Hotel untul semalam. Preparation? Lol sebenarnya aku taklah well prepared sangat. Malam tu baru aku search apa yg perlu aku baca. Okay basically educamp ni dia ada 4 slot (bolehla kira slot kot) firstly korang sampai je kat chancelor hall tu korang mestilah kena register dulu kan. Time ni sapa yg tak bayar duit tu boleh la bayar. Dokumen yg pihak utp suruh bawak tu pastikan dah prepared awal2 la ye. Okay next korang akan dibawa masuk kedalam chancelor hall. Dalam tu akan adalah briefing pasal utp, educamp dan macam2 lagi yg korang perlu tau. Pasal kewangan pun ada diberitahu. Time ni agak bosan gak ahh. Since aku datang awal so akh takda geng tapi takpalah dapat jumpa kawan baru from mrsm felda. Pandainya dia.

After that, korang akan dibawa ke computer lab. Kat sini korang akan jawab exam yg ala cambridge tu. If i'm not mistaken, korang akan jawab CPSQ ( Cambridge Personal Style Questionaire)
Yang test ni sama je macam soalan pasal personaliti diri kita. So lek je eh. Then lepas korang dah habis jawab ni korang akan jawab TSA pulak. Yang ni adalah Thinking Skills Assessment. Yang ni korang kena prepare calculator n kertas n pen. Sebab ada kira2. Soalan yg ni quite tough la. So banyak kan membaca. Macam mana aku jawab haritu? Hahahhaha mostly aku 'boleh' jawab. Tapi tak cukup masa. So banyak tembaklah. Hehehe.

Lepas je korang habis tu tak sampai 5 minit kirang hembuskan nafas lega tetiba panel interview masuk. Time ni semua orang macam "hah? What happen?" Hahahha ye la tetiba masuk pastu interview kita ann. Dia macam ni, nanti dia akan ada tiga meja computer bergabung every row. So setiap tiga orang akan ditemu duga. Takde interview sorang. Aku pulak sangat baik duduk kat area depan so group kami antara yg awal lah. Mula2 group depan dapat tajuk senang. Aku tak ingat apa. Tapi agak senanglah. So aku fikir mungkin kami pun senang gak. Tapi tiba2 panel datang tanya, "okay guys tell me about GST" hahahha lawak la weh. Time tu dahla fenomena GST ni masih baru kat malaysia. Hahh aku pun tergagap- gagaplah cakap "gst is a tax that good for our country. Bla bla bla" aku main taram je. Tapi ramai je dapat senang. Ada dia tanya kita nak course apa je. Ini diskriminasi! Since aku buat interview tu teruk nokharom aku pun redha la confirm tak dapat.

Pastu beberapa lama kemudian result utp pun keluar. Aku punya laa redha sampai malas nak check. Pastu utp mesej aku suruh check status application aku. Aku dapat??? Hahhaha lawak kannn. Yup aku dapat tapi aku tak pergi pun. Hahahaa ramai cakap aku tolak tuah. Lol nak buat cemana rezeki aku tempat lain. Haaa tu je kot. Kalau nak tanya apa2 komen jelah ye. Aku pun free la ni. Adalah masa nak balas 😊 . Kalau takpun kat ruangan chat pun boleh 😊😊

P/s: maaflah takde gambo. Malas upload 😪



Older Post | Newer Post