
|
Disclaimer
Assalammualaikum . I'm trying to live . Can I be happy? .
Credits Let's we chat here :)
| jUsT Nk KoNgSi CeRiTa...
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak
di syurga ya"
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku.
Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah
abang. Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh
abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju
itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. Tapi, mak akan
simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar
pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah
disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak
tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali
terakhir pada tubuh kecil abang. Mak nampak anak mata abah,
berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi
cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. "Bang, jangan
menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak
pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah
abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan
membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. "Kakak, jangan
menangis. tak baik buat abang macam tu!" Itu pesan mak semasa
kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas
mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak
nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu
juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak
bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" Akhirnya, wajah
abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul
jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang.
Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.
Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang.
Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan
itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan
jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa
kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka. Mereka hairan kenapa
mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa
mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada
dalam rahim mak dulu? Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu
rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam
mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.
Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang
berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. Mak selak
helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh!
Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan
meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir
hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan
peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah
terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka
tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini
supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang. Januari 2011-
Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ
dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak
mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk
abang. 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua
hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori
sampah! Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah
yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek
macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak
kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak
gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut
membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan
nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari
jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi
abang yang terakhir. 7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal.
Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring
dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang
ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada
apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk
perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama
lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana
dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!" Mak
terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah
semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun
sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa
penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga
mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan. 13 Mac 2011- Hari
Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor
izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di
saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang. Di
rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?" Mak
masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta
bomba!" Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke
rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab:
"Balai bomba!" Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba.
Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu
garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat
pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh
berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya
menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya
ini!" Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan
parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka
pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas
tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15
minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan
muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula
bertakung. Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung abang,
tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya
mengutip sampah, Mak tahan lori itu. "Encik, anak saya teringin
naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa
mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara
sama. Berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat abang, letakkan
di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan
muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah
seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak
tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak
apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang. Abang
kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan
robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana
saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya
abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi
paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam
lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00
pagi! Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun
abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah,
apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak
patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan
tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itu kata-kata mak pada abah
sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku.
Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung
di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada
saat terakhir!" Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan
pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang
datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan
mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek
berbentuk lori sampah. 7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang
melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari
ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan
alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya
kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta. Sekali
lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang
tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas
abang turun naik. 8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada
lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi
abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu. Malam itu,
semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi
hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam
itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik. Mak pandang sayu
wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk
dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam
tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati
mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. "Jangan
tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas
dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah
hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!" Abang hanya
diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis
sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak
tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia
Abang pada tahun 2007. 9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada
abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat.
Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada
berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap
lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan
kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak
suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat
kerana cuba menahan tangisnya. Pukul 3.00 petang, abang makin
lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan. "Abang, nak
tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga
turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk.
Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. "Abang, tu tengok
kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk
pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun
waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian,
abang menguap. "Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian
abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup
kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah
dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas
meja." Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di
wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang
lemah: "Makkk..sakit perut..!" Dan abang terus memanggil:
"Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak
letak tapak tangan mak atas dahi abang. "Abang, hari ini, waktu
ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak
halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang
pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata
abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak
agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang
bertalu-talu dan mula meraung dan menangis. "Kakak! kalau kamu
semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu
menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!" Mak marah
mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian
abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila
melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang. Mak
tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula
hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.
Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan
tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang
menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi
mak masih mampu tersenyum. "Pergilah abang. Mak izinkan. Mak
izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup
rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini.
Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang:
"Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan
turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!" Abang,
sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama,
abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak
di sanananti. Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang
telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala
hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah
sunatkan dan buat akikah untuk abang. Keempat, mak telah menjalankan
tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang
setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk
mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya
kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya
ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100%
untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke
garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun
kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan
sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup
kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen
Hamdan, anak bongsu daripada limaberadik. Abang masuk hospital seawal usia
dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah
kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani
pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal
usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan
'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor
mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata
anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan
kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa
|